Jie's Mutiara Hati
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul

Kanak-kanak perempuan ditemui dalam beg pakaian

Labels:
Mayat budak dalam beg diketahui sebelum Ahad

PETALING JAYA: Misteri identiti mayat seorang kanak-kanak dalam beg pakaian yang disangka Nurin Jazlin Jazimin, 8, akan terjawab apabila keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui sebelum hujung minggu ini.

Sampel darah mangsa dikatakan sedang diuji untuk dipadankan dengan sampel darah ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman, yang diperoleh selepas proses pengecaman mayat berkenaan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Isnin lalu.

Sumber memberitahu Berita Harian, keputusan ujian itu penting bagi memadankan antara sampel darah mangsa dan ibu bapa Nurin, kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju sejak sebulan lalu.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya yang disumbat dalam beg pakaian dengan kaki mangsa dilipat ke dada, ditinggalkan berhampiran pejabat sebuah syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama.

Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa dibunuh kurang dari 24 jam sebelum mayatnya ditemui, dengan kematian berpunca dari jangkitan kuman dalam kemaluannya, selain usus pecah akibat penderaan seksual
0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Penapian

Blog ini disediakan untuk tujuan mendapatkan maklumat sahaja dan tidak harus bergantung sepenuhnya untuk ketepatannya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan, dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Ada artikel tidak dapat saya kesan penulis asalnya, sekiranya anda memerlukan kredit, sila hubungi saya melalui email.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca halaman ini, semoga anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan