Setengah wanita memang mengalami simtom-simtom seperti rasa keluh-kesah, cemas, sedih yang tidak menentu, cepat menangis, pening kepala, ‘migraine’, lelah, kembung perut, sembab muka, bengkak kaki atau sukar hendak tidur. Perasaan ini akan hilang sejurus haid mengalir keluar.
Mengapakah keadaan ini berlaku?
Punca sebenar bagi keadaan keluh-kesah atau premenstrual-tension yang mereka alami tidaklah diketahui tetapi ada yang berpendapat bahawa keadaan ini disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam kandungan hormon oestrogen dan progesterone. Biasanya keadaan ini disebabkan oleh kekurangan dalam hormon progesterone dan berlebihan oestrogen. Tetapi seringkali keadaan demikian dikaitkan dengan tekanan jiwa dan emosi (stress), mungkin disebabkan kerana tidak subur/mandul atau pergeseran di antara suami isteri.
Keadaan yang seperti ini menyebabkan timbunan air dan garam dalam tubuh wanita tersebut. Dalam keadaan normal, kelebihan paras garam dalam darah biasanya tidak berlaku kerana buah pinggang akan mengawal keadaan dengan mengeluarkannya melalui air kencing. Paras hormon oestrogen yang tinggi boleh menyebabkan timbunan air dan garam aliran darah seseorang wanita.
Mengatasi Premenstrual tension
Keadaan ini memang boleh diatasi dengan langkah-langkah tertentu.
1. Kawal berat badan supaya jangan terlalu gemuk.
2. Makanan yang seimbang dengan mencukupi sayuran dan buahan-buahan.
3. Lakukan riadah atau ‘exercise’ untuk kesihatan badan.
4. Vitamin tambahan khususnya, vitamin E, C dan B kompleks. ‘Evening Primrose Oil’ mungkin juga boleh menolong.
5. Ubat diuretic saperti ‘Lasix’ untuk mengurangkan air dan garam yang berlebihan boleh diambil.
6. Ubat penenang fikiran 'tranquilizer' seperti ‘ valium’ atau lainnya boleh dimakan atas nasihat pakar.
7. Hormon progesterone boleh diberikan untuk mencapai perseimbangan hormon. Ada setengah doktor mengawal keadaan ini dengan memberi pil perancang keluarga. Tegasnya berbagai-bagai jenis rawatan boleh diberikan tetapi mungkin salah satu sahaja yang sesuai untuk seseorang wanita. Ubat ini juga hanya boleh dimakan setelah mendapat nasihat daripada doktor.
Rujukan Dr. Hamid Arshat
Mutiara Kata PPSMI
16 hours ago
Post a Comment