Jie's Mutiara Hati
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul

Kanser Serviks

Apakah Kanser Serviks?
Serviks ialah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj. Serviks menghasilkan lembapan kepada vagina dan juga lapisan mukus yang membantu melancarkan perjalanan sperma ke tiub fallopio.Terdapat 2 jenis sel di dalam serviks iaitu sel skuamos dan glandular atau sel endoservikal. Dalam Kanser Serviks; sel-sel pada serviks bertindak secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu benjolan atau tumor. Jika tidak di rawat sel-sel kanser ini boleh merebak ke bahagian lain badan melalui sistem darah dan limfa. Kanser serviks mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang Sebelum ia berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan serviks. Ini disebut peringkat pra-kanser.



Apakah tanda-tanda Kanser Serviks?
-Rasa sakit atau berlaku pendarahan semasa melakukan hubungan seks.
-Berlaku pendarahan dari faraj antara haid.
-Pendarahan dari faraj selepas putus haid.
-Berlaku lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
-Sakit pada bahagian pelvis dan berasa letih.
-Bengkak pada kaki dan sakit belakang.

Apakah yang menyebabkan Kanser Serviks?
Sebab utamanya tidak di ketahui tetapi beberapa
faktor di bawah adalah diantara penyumbang
kepada penyakit ini.
-Virus Human Papiloma (HPV)-selalunya di sebarkan melalui hubungan seks.
-Tabiat seks-memulakan hubungan seks padausia yang muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai.
-Merokok
-Imun system yg lemah
-Umur-wanita berumur 40 tahun ke atas terdedah kepada kanser ini
-Penggunaan pil perancang dalam jangkamasa yang panjang
-Wanita yang melahirkan ramai anak

Apakahpemeriksaan Pap Smear?Pap Smear ialah pemeriksaan pengesanan awal kanser pangkal rahim (leher rahim). Sekiranya pengesanan awal di buat penyakit ini masih dapat diselamatkan.

Mengapa Pap Smear penting kepada wanita?
Kanser Serviks merupakan kanser yang kedua tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Sekiranya penyakit ini di kesan,sel-sel serviks bertindak secara tidak normal.Keadaan ini bergantung kepada tahap seriusnya penyakit tersebut. Kadangkala ianya akan menunjukkan perubahan sel yang disebabkan oleh jangkitan pada vagina atau serviks. Perubahan ini selalunya akan sembuh sendiri atau dengan rawatan yang betul. Penyakit ini semakin meningkat dari setahun ke setahun.Sekiranya tidak di kesan dan mendapat rawatan awal ianya akan membawa maut

Bagaimana Pap Smear dilakukan?
Sejenis alat yang di namakan spekulum akan dimasukkan ke dalam vagina.Selepas itu spatula di gunakan untuk mengambil sel-sel di permukaan serviks dan di letakkan di atas slaid kaca dan di hantar ke makmal untuk di periksa.

Berapa kerapkah pemeriksaanini perlu dijalankan?
Pemeriksaan ini perlu dijalankan setiap tahun oleh wanita apabila ia mula aktif dengan seks. Wanita yang berisiko tinggi atau pernah mendapat keputusan tidak normal perlu mengulangi pemeriksaan ini 6 bulan sekali seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

Bilakah masa yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan Pap Smear?
Ujian ini boleh dijalankan bila-bila masa selepas haid. Sekiranya anda telah menjalankan pembedahan pembuangan rahim anda tidak perlu menjalankan pemeriksaan ini

Apakah Rawatan Untuk Kanser ini?
Bergantung pada peringkat kanser tersebut.Antara rawatan untuk kanser ini:
-Pembedahan
-Radiotherapy
-Chemotherapy
2 comments:

sy mgalami pendarahan dlm liang faraj...
tapi drah x keluar..cume time nak wat pap smear jer doktor tgk kat dlm tue penuh darah pekat...kenpe erk??? ni tanda2 kanser ker?


ehm. memang bahaya betul kanser serviks nih..


Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Penapian

Blog ini disediakan untuk tujuan mendapatkan maklumat sahaja dan tidak harus bergantung sepenuhnya untuk ketepatannya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan, dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Ada artikel tidak dapat saya kesan penulis asalnya, sekiranya anda memerlukan kredit, sila hubungi saya melalui email.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca halaman ini, semoga anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan